Assalamualaikum..
Alhamdulillah hari ni dah hari ke 8 menjejak bulan Ramadhan.Pelbagai pengalaman dah aini tempuhi.Ada yang pahit ada yang manis.Semuanya dari ILAHI.Alhamdulillah Ya RAbb. .
Rasa macam dah berabuk sudah blOg kesayangan aini yang satu nih.Al maklum lah tuan rumahnya sibuk memanjang.Tapi kali ini hati aini terbuka untuk menulis sesuatu disini.
Jujur aini tak tahu nak tulis apa sebenarnya.Tapi paling kurang aini boleh berkongsi sedikit rasa buat blOg aini nih.Walau pun mengadu di tikar sejadah lagi Teeerrrbaaaiikkkk..
Sekarang aini dalam erti kata memperbaiki diri.Banyak sangat yang aini perlu ubah.Terutamanya bersabit dengan HATI.Ia sebagai peranan utama dalam penghijrahan dari yang tak baik kepada baik dan yg baik kepada yang LAGI terbaiikkk..
Alhamdulillah.Apabila kita ada keinginan untuk berubah.Allah pasti akn mengantar malaikat malaikatnya dalam setiap perjalanan kita.Dan itu yang aini rasakan saat ini.Biar pun hanya ukhuwah di laman maya tapi banyak memberi semangat kepada aini.Alhamdulillah..
''♥ Tiada orang baik yang tiada masa lampau dan tiada orang jahat yang tidak ada masa depan ♥''
Memang banyak yang harus kita tempuh apabila hendak menuju jalan bahagia.Bahagia dalam menggapai redhO Ilahi.Aini pernah letak kekuatan apa seseorang yang dulunya menyayangi aini.Tapi apabila kasih itu telah bertukar arah aini terjatuh.Tapi Alahmdulillah Allah masih sayangkan aini.DIA beri aini kesedaran dan DIA anugerahkan aini kekuatan tanpa perlu bergantung pada orang lain.
*Bergeraklah walau merangkak, tambahlah amal walaupun sedikit.
Allah melihat dan menghitung semuanya. :')
Aini selalu bersoal sendiri:
"Mengapa sukar untuk lupakan orang yang kita sayang?"
Lalu kata bahagia {kak Izzah lagi...hehe} pun menjawab:
Kerana Allah ciptakan hati yang punya ‘PERASAAN’,
minda yang punya ‘INGATAN’,
Sebab itu orang yang kita BENCI pun kita INGAT.
Apalagi yang pernah SUKA/CINTA? Lagilah INGAT!
Please move on. Masa dan hidupmu terlalu berharga untuk dibazirkan
dengan kisah cinta yang tidak ada kesudahan. Times will heal.
Kamu punyai dunia dan kehidupan yang sendiri untuk dicorakkan.
Berjaya atau tidak adalah pilihan sendiri. Tenanglah, ingatlah bahawa Allah
sentiasa bersama kamu kiranya kamu rasa lonely yang amat.
You're never alone at the first place.
Pujuklah hati and say,
"Tak apa, memang begini jalannya. Sabar. Maka akan aku lalui dengan bahagia.
Sebab di akhirnya ada syurga. Itu pasti. Bukan mimpi. InsyaAllah."
Apa nak jadi pun jadilah. Yang penting JADI ! Okay.
*berlari menempuh dugaan dengan tenang.
Soooo.aini perlu kuat dan aini tak boleh lihat ke belakang lagi.Orang yg kita sayang itu mungkin akn bahagia tanpa kita.Siapa tahu KAN.?.
P/s:Ujian itu tarbiyah dari ILAHI.Aini nak jadi wanita yang pernah ditarbiyah oleh Rasulullah.
Siapapun awak di masa lalu, itu TIDAK BERMAKNA awak TIDAK BERHAK untuk menjadi SEORANG MUSLIMAH YANG BAIK, disayangi dan dihormati..yang berlalu biarkan berlalu, hari ini dan seterusnya, BUKTIKAN..awak boleh jadi yang TERBAIK..♥♥
Wallahu a'lam
Wassalam




No comments:
Post a Comment