Wednesday, 4 July 2012

Apa Salahku.


"Jangan mimpi nak jadi pejuang kalau masih mahu manja-manja. Jika satu saat nanti musuh Islam datang kepadamu, bagaimana? Adakah mahu berteriak memanggil ibu dan ayahmu? Mahu melutut pada mereka, merayu, meminta, "jangan apa-apakan aku..?" Sok pahlawan kamu, tapi hakikatnya lembik!!!"

Bukan mudah berjalan dibumi orang.Bukan sedikit ujian yang datang menghimpit diri.Tapi itu hakikat untuk aku mentarbiyah diri yang serba kekurangan ini untuk menyelami makna kehidupan ini.Kekadang bila kita berbicara.Bukan mudah untuk membuat orang faham akan perasaan kita.KAN KAN??

Hari ini sekali lagi ujian itu datang.Ujian yang sangat kecil tapi telah mengusik hati kecil ini.semusim perjalanan dibumi orang.Dicaci dengan pelbahagai mehnah.

Namun hati ini tetap berbicara:
''Mungkin mereka belum mengerti :'(''
Biar pun hati perit untuk menelan keperitan itu.

''Orang Siam''
''TinO Siam''
''Makan *bendaHARAM*
''Siam Siam Siam Siam''

Ya Rabby..:'(
Apa salahku?APA?

Kenapa hati begitu perit untuk menelan perkataan itu.
Hati kian menjerit dlm tangis :
''Bukan!aku bukan siam (!) Aku muslim patani''.
Sedih dan marah bila maruah diri diragut bagai tiada harga.
Namun siapa yang peduli?
Siapa yang merasa?

Tak ada.Tak ada orang yang akan faham hati kecil ini.
Bagaimana tidak.apa yang dipegang selama ini jauh tersasar dari fikiran saudara sendiri.Saudara seISLAM.
Siapa tidak sedih kalau dicaci dan dihina oleh saudara seISLAM.?

Kenapa?kenapa mereka belum mengertiPadahal semuanya sudah terpapar dilensa tv.
Subhallah..:'( ..Jalan ini penuh ranjau.Penuh Duri.:'(

"Jadilah jundullah yang memijak kaki di bumi, namun cita-citamu tergantung di langit nan tinggi.."

CeritaHati:Wahai hati.Tabahlah kau dalam perjalanan dibumi orang ini.Telanlah walau seperit mana pun kepahitan itu.Telanlah sedaya termampu kau.Ingatlah bahawa ini adalah sedikit cuma dari jalan cinta menuju Rabby.:'(.

 ~*Izinkan aku terus menconteng disini. Ini juga adalah salah satu cara aku mengutip kekuatan yang tersisa. Setiap daun yang gugur itu, adalah kerana rindunya pada bumi. :') *~



No comments:

Post a Comment