Ya Rasulullah Ya habiballah
Ya Rasulullah, pedih dan pilu mengenangkan
Disaat umat kehilangan dirimu yang mulia
Kau diberi pilihan untuk kekal di dunia
Namun kau tekad memilih untuk bersama Yang Esa
Dan mereka yang diberi nikmat
Ya Rasulullah,tidak mungkin ku lupakan
Pesananmu yang terakhir buat muslimin dan muslimat
Istiqamah dalam menunaikan solat
Pemergianmu amat sukar diterima
Sedang para sahabat sukar untuk menelannya
Inilah hakikat yang kekal buat selama-lamanya
Setiap yang hidup pasti kan merasai kematian
Kau serahkan segala
Demi Islam tercinta
Rela dirimu terkorban dan jiwa menderita
Jika tidak kerana segala jasa-jasamu
Tiada terpancar roh Islam dihati sanubari
Dikaulah pejuang yang disegani
Walau kini dikau tiada
Dirimu tetap dijiwa
Kaulah Rasulullah
Yang agung Ya Habib Allah
Pesuruh Allah
Kekasih Allah
Jikalau engkau sembah Muhammad
Diakan pergi
Jikalau engkau menyembah Allah,
Dia abadi…
Cintailah Rasulullah dengan mengamalkan sunnahnya dalam kehidupan seharian kita.Insan mulia kekasih ALLAH yang telah banyak berkorban untuk menyampaikan cahaya Islam sehingga kepada kita sekarang.Teruskanlah perjuangan Rasulullah untuk mendakwah dan mentarbiah diri serta saudara-saudara Islam yang lain agar Islam terus menyinari bumi.Dan jangan biarkan Kekasih ALLAh ini sewenang-wenangnya dihina dan dicaci oleh mereka yang Jahil.
waallau'alam..(^___^)


No comments:
Post a Comment